Showing posts with label kurus dengan sihat. Show all posts
Showing posts with label kurus dengan sihat. Show all posts

Monday, September 16, 2019

KELEBIHAN PROGRAM JOM DETOX JUTAWAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua
Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia!
Mesti ramai yang pergi bercuti kan sekarang ni?
Haa..dan semestinya makan macam-macam la tu..
Ye la tak nak lepaskan peluang untuk nikmati makanan yang sedap-sedap kan..
Hee🍔🍕🍗

Korang asyik makan je ni pernah tak korang detox kan badan korang tu? hurmm😏
Mesti korang rasa perlu ke detox ni sihat je badan aku ni walaupun tak detox
Meh sini Cik Fit nak cerita sikit kenapa korang perlu detox dan kelebihan sertai Jom Detox Jutawan bersama Shaklee (^_^)




Apa itu detox?
Detox ialah proses untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.

Kelebihan detox?
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.Sebab bila badan dah detoks, badan kita akan menyerap supplemen dan khasiat supplemen secara optimum.

Bila toksin dalam badan korang semakin tinggi tahu tak ia boleh membawa  gejala yang tidak sihat dan menyumbang kepada penyakit yang menjejaskan gaya hidup contohnya seperti:
  • Sembelit
  • Berat badan meningkat
  • Kulit kusam dan berjerawat
  • Cepat letih
  • Suka makanan yang manis
  • Susah nak tidur

Ok so korang dah tahu serba sedikit kan pasal detoks ni apa maksud detoks dan kelebihannya. Tapi korang tahu tak apa organ detox dalam badan korang tu? Haa organ yang bekerja keras untuk kita tau. So janganlah ambil mudah dengan organ-organ ni tanpa organ-organ ni korang tak akan dapat nikmati sihat tu.

Meh kita tengok apa organ detox korang :💖
■Peparu
■Sistem penghadaman
■Buah pinggang
■Hati
■Kulit

Haa..ok so korang dah tau kelebihan detox ni apa kan. Meh sini Cik Fit kongsikan pula macam mana PROGRAM JOM DETOX SHAKLEE ni dapat bantu anda semua.


KELEBIHAN PROGRAM JOM DETOX SHAKLEE BY TEAM JUTAWAN

Detoks dapat dilakukan dengan cara seperti berikut:
  • Kawal pemakanan
  • Senaman
  • Suplemen
  • Kurangkan terdedah kepada chemical
Semua orang kebanyakkannya tahu apa yang perlu dilakukan jika nak detoks. Tapi tak ramai yang konsisten untuk buat kan betul tak? Jadi support group sangatlah penting untuk pastikan kita sentiasa kekalkan momentum kita untuk terus istiqomah lakukan detox ni.

Haa..Team Jutawan Shaklee mengadakan Program Jom Detox bersama Shaklee ni dah masuk batch yang ke 15 dah tau. Kenapa dah sampai batch ke 15 ni???
Haa mestilah sebabnya dapat sambutan yang menggalakkan kalau tak kenapa masih berterusan sampai hari ni kan? 😉

Team Jutawan menawarkan Program Jom Detox yang berlangsung selama 17 hari tau. Percayalah Program Detox ini banyak mendapat reaksi yang positif dari para pesertanya. Ada yang berjaya turun hampir 8kg dalam masa 12 hari detox sahaja!! woww menarik kan. 😱

Berikut adalah Kelebihan yang anda akan dapat sepanjang 17 hari menyertai Program ni tau :

1. Bimbingan & Pantauan daripada Coach berpengalaman & layak sahaja 
Coach yang akan memberi bimbingan dan pantau setiap progres anda ni telah mengikuti kursus yang melayakkan mereka jadi coach yang bertauliah tau. Bukan senang-senang je terus jadi coach okay. Mereka sendiri pun dah lalui dari pengalaman mereka sendiri dari program Detox ni lepas tu upgrade jadi Coach.

2. Ilmu diet & detox secara sihat
Anda akan di berikan ilmu macam mana nak diet dan detox secara sihat selama 17 hari ni tau. Setiap orang kan tak sama jadi pasti setiap diet tu perlu mengikut kesesuaian badan anda.

3. Meal plan Kurus 17 hari 
Tak perlu pening lagi dah apa yang perlu anda makan & nak sediakan menu apa. Coach akan plan siap-siap apa menu korang sepanjang 17 hari ni tau 😁

4. Teknik melakukan senaman mudah
Selain Meal Plan, Program Jom Detox Jutawan juga akan sertakan sekali teknik senaman mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Jangan ingat detox tak perlu bersenam ye semua. hehehe

5. Monitor result dari semasa ke semasa
Peserta-peserta Program Jom Detox Jutawan tak akan pernah rasa sendirian sepanjang detox sebabnya Coach kami akan sentiasa monitor setiap perkembangan korang tau. Jadi tak adalah nak timbul perasaan alaa malaslah nak teruskan dah. Bila ada coach yang sentiasa ambil tahu perkembangan anda pasti anda akan lebih bersemangat nak lakukan yang terbaik kan!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya kurus dengan lebih sihat 

Love, 💖
Cik puan Fitriah Rosli.
Call / sms / WhatsApp :  +6019-5706565
Email : nfit88@gmail.com
Facebook : Nurfitriah Md Rosli


Tuesday, July 23, 2013

Susu Sejat Boleh Kuruskan Badan!?


Salam peeps!
Selamat berpuasa hari yang ke 14 hari ni. Alhamdulillah.

Eh dengar tajuk macam nak percaya ke tak percaya ni? Biar betul susu sejat boleh kuruskan badan?? Mesti korang tak percaya kan..kan..Tapi percayalah bahawasanya susu sejat mampu untuk turunkan dan kuruskan badan anda. (Dia ni ambik ilmu sesat kot ni)

Serious betul! Bulan puasa kan tak baik menipu. Ada bukti dan testimoni yang menunjukkan ada yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka setelah mengambil susu sejat! Lepas ni boleh la korang minum teh tarik letak susu sejat banyak-banyak. Confirm kurus! (ok itu tipu jangan ikut). Tapi Bat masih lagi berpegang kepada kata-kata di atas sebentar tadi bahawa susu sejat memang boleh kuruskan badan. =)

Hahaha..mesti korang tak sabar kan nak tau macam mana susu sejat boleh buat korang turunkan berat badan sempena nak raya ni kan. Opkos la semua nak cantik dan segak bergaya masa tu. Agak-agak nak tau tak macam mana susu sejat ni boleh turunkan berat badan??

Jom mari membeli susu sejat jenama XXX untuk kurus ye. Hahaha..ok tipu lagi! (ish bulan pose menipu budak ni). Sebenarnya Susu Sejat yang dimaksudkan adalah satu blog yang mengajar cara-cara pengambilan dan pengiraan kalori dengan betul. Blog Susu Sejat ni sangat la mesra alam sebabnya semua yang kita nak tahu cara pemakanan yang betul untuk kurangkan berat badan. Susu sejat mengatakan makan Nasi pun boleh kuruslah! Hoi jangan salahkan nasi jika berat badan naik mendadak tak berhenti. Susu sejat sangat keras mengatakan Nasi bukan penyebab gemuk. Beliau amat marah jika ada orang mengatakan nasi punca gemuk. Nasi kan makanan ruji orang Malaysia. Mana boleh tak makan nasi! Nak tahu macam mana beliau buat kena la pergi baca tip-tips yang Susu sejat bagi ye. =)

Terbukti sesiapa yang ikut cara yang di tulis dan di ajar di Blog Susu Sejat memang ada penurunan. Ini diketahui dari kotak komen pembaca sendiri dan kisah kejayaan para pengikut tegar. Tak percaya pergi baca sendiri!



sila klik gambar untuk ke blog beliau

P/S : Baru jumpa blog ni..rasanya boleh guna untuk diri sendiri dulu..sebab dah makin berisi sekarang ni..
        Selamat mencuba. Kbai!