Monday, May 27, 2013

Epal Hijau..eh bukan Cik Epal..


Assalamualaikum dan selamat pagi peeps
Entri hari ni bertajuk EPAL HIJAU...Bukan Cik Epal yang kevavom tu ye..tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati..yang berkaitan cuma Si Epal sahaja.. (eh apa aku merepek panjang pagi-pagi ni)
Sebenarnya nak kongsi sikit tips kesihatan dan kecantikan (aww..sekarang dah pandai nak jaga kecantikan).


[Encik Google]

#Kenapa orang nak berdiet mesti sinonim dengan epal hijau?
#Betul ke epal hijau ni boelh kuruskan badan?

[Encik Google]

Haa..mari kita cari jawapan kepada persoalan-persoalan ni..

Bat ada terbaca satu artikel ni berkaitan tentang epal hijau. Sebab tu nak berkongsi dengan korang semua! Sweet kan Bat..haha..okeh mula merepek lagi..

Semua orang tahu kebaikan epal hijau kan. Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B. Kenapa kita digalakkan untuk makan epal bersam-sama kulitnya? Haa..sebabnya vitamin C pun ada kat bawah kulit epal tu. Selalui orang cakap kulit adalah tempat yang paling banyak zat dan serat. Tapi pastikan basuh betul-betul dulu sebelum makan ye. Takut masih ada sisa-sia racun yang disembur tu masih ada lagi.

Epal hijau ni sebenarnya boleh membantu mencegah macam-macam antaranya: 

• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.

Ok sekarang kita dah tau kebaikan Epal kan. Jom kita beralih kepada tips-tips penjagaan kesihatan bersama Cik Epal..eh buah Epal..hehe

Tips nak menjaga usus kita dengan baik :
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, ini tips yang Bat nak kongsikan pada semua la ye. 
Bahan-bahan:
1 biji epal
1 batang saderi(celery)
Air sejuk 1 cawan
Cara-cara :
Kisarkan epal hijau dengan saleri bersama-sama air tadi dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Minuman ni dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Haa..so relevan tak dengan sinonimnya kurus dan epal ni..bila sistem pencernaan kita bagus tak sempat lempat-lemak nak berkumpul kat badan kita pun sebab setiap pagi mesti pergi tandas..hehe
Sekarang dah tau dah kenapa Cik Epal makin cantik..hehe..agaknya dia makan epal hari-hari la ni..=P

Tips menyegarkan wajah :
Epal hijau boleh juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. 
Cara-cara :
Potong epal hijau nipis-nipis dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Segala tips ni dari Encik Yahoo! and Bat dah try amalkan ni..memang best pun..hihi

Selamat beramal! eh Selamat mencuba! =)



 ~bAtRisH~

 

1 comment:

Unknown said...

salam.. info yang berguna.. thanks.. :-)