Wednesday, June 26, 2013

Berita Kemalangan Pelajar Malaysia di Jordan

Salam peeps
Hari ni baru dapat berita mengenai Pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan di Jordan baru-baru ni sebenarnya merupakan Junior Bat di sekolah menengah. Walaupun tak pernah kenal tapi bila dapat tau salah seorang pelajar junior Bat yang terkorban rasa sangat sedih.

Bagi yang belum tahu mengenai kemalangan yang berlaku ni Bat kongsikan sedikit mengenai berita ini :

Gambar Kemalangan Maut Pelajar Malaysia Di Jordan 21 Jun 2013 | Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan. Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 – 6.00 petang (waktu Jordan) sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah :-
1- Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam,
2- Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam,
3- Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia,
4- Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk
5- Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.
Dalam kemalangan tersebut, seorang pelajar iaitu Sumaiyah Binti Romli meninggal dunia manakala empat orang yang lain cedera. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat.
Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan. SUMBER – Bernama via Kementerian Pendidikan Malaysia.


Gambar arwah bertudung putih semasa keputusan SPM di SMK Sultanah Asma Kedah
merupakan pelajar cemerlang
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman 
-AL-FATIHAH-

~bAtRisH~



 

No comments: