Tuesday, July 23, 2013

Susu sejat boleh kuruskan badan!?


Salam peeps!
Selamat berpuasa hari yang ke 14 hari ni. Alhamdulillah.

Eh dengar tajuk macam nak percaya ke tak percaya ni? Biar betul susu sejat boleh kuruskan badan?? Mesti korang tak percaya kan..kan..Tapi percayalah bahawasanya susu sejat mampu untuk turunkan dan kuruskan badan anda. (Dia ni ambik ilmu sesat kot ni)

Serious betul! Bulan puasa kan tak baik menipu. Ada bukti dan testimoni yang menunjukkan ada yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka setelah mengambil susu sejat! Lepas ni boleh la korang minum teh tarik letak susu sejat banyak-banyak. Confirm kurus! (ok itu tipu jangan ikut). Tapi Bat masih lagi berpegang kepada kata-kata di atas sebentar tadi bahawa susu sejat memang boleh kuruskan badan. =)

Hahaha..mesti korang tak sabar kan nak tau macam mana susu sejat boleh buat korang turunkan berat badan sempena nak raya ni kan. Opkos la semua nak cantik dan segak bergaya masa tu. Agak-agak nak tau tak macam mana susu sejat ni boleh turunkan berat badan??

Jom mari membeli susu sejat jenama XXX untuk kurus ye. Hahaha..ok tipu lagi! (ish bulan pose menipu budak ni). Sebenarnya Susu Sejat yang dimaksudkan adalah satu blog yang mengajar cara-cara pengambilan dan pengiraan kalori dengan betul. Blog Susu Sejat ni sangat la mesra alam sebabnya semua yang kita nak tahu cara pemakanan yang betul untuk kurangkan berat badan. Susu sejat mengatakan makan Nasi pun boleh kuruslah! Hoi jangan salahkan nasi jika berat badan naik mendadak tak berhenti. Susu sejat sangat keras mengatakan Nasi bukan penyebab gemuk. Beliau amat marah jika ada orang mengatakan nasi punca gemuk. Nasi kan makanan ruji orang Malaysia. Mana boleh tak makan nasi! Nak tahu macam mana beliau buat kena la pergi baca tip-tips yang Susu sejat bagi ye. =)

Terbukti sesiapa yang ikut cara yang di tulis dan di ajar di Blog Susu Sejat memang ada penurunan. Ini diketahui dari kotak komen pembaca sendiri dan kisah kejayaan para pengikut tegar. Tak percaya pergi baca sendiri!



sila klik gambar untuk ke blog beliau

P/S : Baru jumpa blog ni..rasanya boleh guna untuk diri sendiri dulu..sebab dah makin berisi sekarang ni..
        Selamat mencuba. Kbai!

0 yang komen mengomen:

 

Blog Template by batrisyaamylea BloggerCandy.com