Wednesday, December 24, 2008

~dah nak balik kolej dah~

sebulan sudah aku bercuti akhirnya kembali ke alam kampus
terasa cepat betul masa berlalu
rasa macam semalam je masuk uni kan..
sekarang dah masuk semster ke 4
nanti tup..tup dah graduate...
cepat kan masa berlalu sampai kita sendiri pun tak sedar...
kita cuma akan sedar yang masa tu cepat berlalu bila kita kita dah di penghujung waktu..
dan akhirnya kita sedar sepanjang tempoh tu belum ada apa-apa lagi yang dilakukan
untuk memajukan diri ni...akhirnya masa itu berlalu dengan sia-sia...

masuk tahun baru ni mestila ada azam baru:

sorryla hans aku tiru hang lak ni..hehe..

a) pertamanya aku nak ubah cara aku belajar ni..kiranya selama ni cara aku belajar tak efisyen
semester baru ni

b) lepas tu aku nak menambahkan lagi ilmu agama aku yang tak seberapa ni...terima kasih pada
karya-karya hlovate yang telah menyedarkan aku betapa pentingnya ilmu agama ni...dan
aku sendiri pn tak percaya i'll actually read karya Harun Yahya...fully english tu nak habiskan
satu buku pergh...takpe2 slow-slow...better dari tak buat langsung kan...

c) perkara seterusnya yang aku nak buat adalah perkara yang aku rasa sangat penting la untuk
perjalanan hidup aku ni...iaitu menguruskan keadaan kewangan aku ni..untuk makluman
semua aku ni agak boros la..suka sangat beli benda yang aku rasa tak perlu ada pun tak pa..

d) yang paling penting jugak bagi aku adalah menurunkan berat badan aku yang telah naik
semenjak duduk rumah ni...target aku selama setahun ni nak turunkan berat aku sebnyak 7
kg...hans sama-sama la kita berusaha...kalau ada tips2 tu jangan lupa share dgn aku...

setakat tu saja aku rasa yang perlu aku buat untuk tahun baru yang bakal tiba ni...

lepas ni bermulalah semester baru dan azam baru yang mungkin akan merubah hidup aku nanti...



~bATrisH~

No comments: