Monday, March 25, 2013

Kenapa Mesti Tak Jujur?

Salam Isnin
Harap-harap tak Isnin biru hari ni..
Hari Isnin mesti best pergi kerja kan? =P

Pagi ni lepas terbaca status orang ni tetiba jadi sedih
Kenapa mesti tak jujur kalau dah ada yang punya
Kenapa mesti tak jujur sebenarnya awk dah nak bertunang?
Sedih bukan sebab awk dah ada yang punya
Sedih sebab awak tak jujur sebagai kawan

Pelik bila satu hari kawan-kawan awak cakap awk dah putus
Nak ambik gambar dengan saya berdua sebagai kenang-kenangan katanya
Sedangkan baru minggu lepas awak cakap awak rancang nak kahwin tahun depan
Tapi saya tolak cara baik sebab saya yakin awak dah ada yang punya
Tak mungkin tiba-tiba putus kalau tak ada angin ribut
Tapi kenapa tak jujur dengan saya?
Saya tak kisah awak dah ada yang punya
Sebab dari dulu saya cuma anggap awak sebagai kawan
Walaupun awak cuba untuk dekat jadi lebih dari kawan
Saya cuma mampu terima awak sebagai kawan
Tapi kenapa tak jujur tentang status awak?

Sedih dan gembira pada masa yang sama
Sedih bila dapat tahu awak bertunang secara tiba-tiba
Sedih saya sebagai kawan tak diberitahu

Gembira kerana awak dah jumpa orang yang boleh buat awak bahagia
Gembira kerana awak tak mengharap pada saya lagi
Gembira awak dah makin berjaya dengan kerjaya baru awak.











~bAtRisH~


0 yang komen mengomen:

 

Blog Template by batrisyaamylea BloggerCandy.com