Monday, March 11, 2013

Manjakan Diri

Salam petang peeps
Saja nak cerita pengalaman Bat pertama kali pergi Spa kecantikan..
Hujung minggu baru-baru ni..iaitu hari ahad yakni semalam la kan (ok over dah)

Bat dan umi (ibu tersayang ni) meronggeng pagi-pagi dah..(perkara biasa ibu dan anak..mcam iklan ubat batuk lak..haha)
Pukul 9.15 dah buat appoinment untuk mandi wap kat House of Healing di jitra..nak buangkan angin dan bakarkan lemak-lemak degil..huhu

Setibanya di sana beg mandi wap cuma ada satu tempat sahaja..So umi pun buat keputusan untuk buat facial sebab sebelum ni dah pernah mandi wap..adoi lagi awet muda la ibu tersayang ni..dah la sekarang pun orang cakap kakak..hukhuk..(anak jadi awet tua..sedih..sobsob)

Di House of Healing Jitra bukan saja ada mandi wap..tapi ada juga menyediakan rawatan facial, urutan lulur scrub, urutan tradisional, cuci rambut, gunting rambut..etc..
Owner kedai ni seorang guru yang bakal pencen tak lama lagi..dia kawan kepada mak Bat..hehe..so senangla kan..

Murah je mandi wap kat sini RM15 je satu sesi..Bat amik pakej mandi wap dengan urutan lulur scrub..harga satu pakej ni affordable la..maybe sebab kawan umi kan so dapatla murah sikit..hihi..

Bat cuma boleh tahan 15 minit je dalam beg sauna tu..huhu panas kot..
Part yang paling best adalah urutan scrub..kakak yang nak urut tu bagi choice nak scrub jenis apa..nak melembutkan or nak putihkan..yang putihkan scrub beras..untuk lembutkan chocolate..
So Bat bila dengar coklat terus nak yang tu..biasala perempuan tak boleh dipisahkan dengan coklat..(satu lagi faktor susah nak kurus..haish)
Sangat relaxing bila menjalani urutan lulur scrub ni..sesuai untuk sesiapa yang perlu hilangkan stress akibat terlalu kuat bekerja..inilah masanya untuk kita manjakan diri kan..hee..=)

Selesai sudah sesi manjakan diri di Spa..kami berdua pulang ke rumah untuk sesi rehatkan badan pula iaitu tidur..haha..

Sekian..

P/s: pesanan umi kepada anaknya..sometimes kita orang perempuan ni kena juga pergi manjakan diri kat tempat macam ni..yela dah berpuluh tahun buat kerja rumah, jaga anak-anak dan kerja di ofis..kena jaga penampilan diri juga..penting untuk orang perempuan ni..sekali sekala tak salah pun..ayah pun suka aih bini dia lawa..hihi..


2 comments:

NinaAz said...

Bestnya. Tahun ni nina xpergi spa lagi. Skg labur dekat treatment muka dulu. Ambik 7 sessi. Lepas tu baru nk ke badan pulak. Spa urut mengurut. Hihi

~batrish♥~ said...

memang best sangat Nina..hihi..
pasni nk buat facial lak..hehe..