Monday, March 11, 2013

Tips Melicinkan Kulit Muka

 Salam Isnin buat semua
Biasala hari Isnin ni mesti berat kaki nak pegi kerja
Monday Blues..huhu
Tapi takpe..bangun pagi dengan niat kerana Allah untuk mencari rezki (sedapkan hati)
Ok nak berkongsi sikit la dengan semua and untuk diri sendiri jugakla ni..hehe
Tadi Jalan-jalan di blog (blogwalking) jumpa satu blog ni..
Bagus blog dia..banyak bagi tips-tips seharian yang senang dan mudah diamalkan
Blog dia nama Lepak.my korang boleh la melawat blog dia...
Hari ni nak kongsi tips untuk licinkan muka..tengok comment kat blog incik lepak ni macam ramai dah try
dan feedback memuaskan..
So Bat pun nak try kat rumah balik nanti sebab lately ni muka dah tak berapa nak licin..sedih hukhuk =(
Tapi thanks to incik Lepak yang berkongsi tips ni..boleh la amalkan..hehe


Tips Melicinkan Kulit Muka

1. Ambil tepung pulut can campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka anda dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

2. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke kulit muka anda. Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.

3. Kisar dua biji buah tomato bersama sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap yang mungkin agar kulit muka anda bertambah licin.

4. Ambil wap air nasi atau buih atau yang sedang ditanak. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 30 minit. Lakukan setiap hari dan anda boleh lihat hasilnya.

5. Ambil seikit beras dan rendam selama dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam tadi. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.




Jom Pakat-pakat cuba!

nak info menarik lagi boleh pegi kat page incik LEPAK


 ~bila agaknya nak dapat kulit macam Dato Siti ni~
=_='
 

~bAtRisH~


No comments: