Friday, May 3, 2013

ESCAPE ADVANTURE PART PENANG PART 2

Salam peeps
Lama betul Bat ambik masa nak sambung pasal Escape ni..hihi..Al-maklumlah bz ler katakan..(bz apa la sangat tu pun tak tau la) ok berbalik kepada cerita kita di Escape Penang..hee

Korang boleh walk in je datang nak masuk Escape ataupun korang boleh buka website dia untuk booking tiket online. Booking perlulah ambil masa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum pergi ke sana. Tapi Bat n geng terus je pergi sana takde nak booking-booking bagai..haha..

Harga masuk Escape ni RM48/seorang. Ada setengah orang kata mahal, tapi bagi Bat harga ni sangatlah berbaloi-baloi dengan apa yang ada kat dalam tu. Serius rasa tak puas main..rasa macam nak tido sana esok pagi bangun terus terjun pegi naik Monkey Business..haha (ok dah terlebih over dah ni). Dengan harga ni korang boleh main la sepuas-puasnya korang nak main..cuma ada satu game je kena extra payment. Tapi game ni tak semua orang berani nak main..hehe..bungee jumping...pergh! Gile la kot..orang yang ada keberanian yang jitu je ni boleh gagahkan diri panjat naik ke atas dan relakan diri terjun dari tingkat atas. Haha...Yang lain korang main la puas-puas..sebab dah memang include dalam bayaran masuk tu. Jangan risau pada yang muslim sebab apa memang tempat ni dah sediakan surau untuk korang solat. Siap ada shower untuk korang mandi sebab apa kalau tak peluh cukup sebaldi kat sini memang tak sah la!

Dinasihatkan korang planning perjalanan ke Escape ni awal pagi la..since ni first time Bat pergi so kitorg gerak agak lambat ke sana. Bukan apa tak sempat nak main semua kot..kalau awal pagi korang datang mesti boleh main semua puas-puas siap second round lagi kot. Cafe pun ada dalam ni..tapi price a bit expensive la. So makan ringan-ringan dah la habis je main korang keluar la cari makanan kat luar. Confirm balun kaw-kaw punya sebab penat main..haha..

awal-awal masuk kena tengok map dulu

Serius masa mula-mula masuk jadi tak tentu arah. Tak tau nak start mana dulu. Tengok semua benda nampak eksaited kot. Hihi..Last-last pergi main Monkey Business dulu. Punya panjang beratur nak naik ni. Sejam lebih kot..huhu..menyesal pegi main yang ambik masa lama dulu. Kalau tak mesti boleh main semua.

ni tag tangan la..wajib pakai ye kalau tak pakai tak leh masuk

ini kad untuk urusan jual beli makanan, loker, game baru (kira macam touch n go la ni)

Dalam ni cash diorg tak layan. Kad ni je diorg terima. So ada kaunter la untuk reload duit dalam kad ni. Loker charge Rm15 (deposit RM5) boleh muat untuk 4 beg. Untuk loker korang akan dapat satu gelang getah tau memang kena simpan baik-baik hilang ni tak boleh buka la loker. Kira gelang tu adalah kunci la sebab kat sini semua touch-touch skrin je.

 ini tubey race (memang syok naik sampai 2 kali kot)

Serius tubey race ni kitorang naik dua kali. Memang best gile kot. Kira ni macam gelungsur yang takde air. Ada dua route. Satu turun straight je satu lagi berliku. Nak turun ni memang syok habis la. Tapi nak naik tu memang kena ada kekuatan stamina dan semangat yang kuat la nak sampai ke puncak ni dengan tarik tube tu lagi..berat kot..haha..boleh turun 1 kg kalau naik ni 2 kali..haha..siap orang yang jaga kat situ cakap kuat betul korang ni naik sampai 2 kali..haha..

 nampak tak tu nak mendaki naik bukit tu

 sambil tarik sambil posing 

 best ooo..
 penat berhenti jap sambil posing..haha


 gigih tu nak mendaki

 nampak tak tinggi tu kot nak mendaki sambil tarik lagi tu

 bila turun kejap je..nak naik punyala seksa

wee...=)

okeh..nanti sambung part 3 pulak..hehe..panjang dah ni..=)







~bAtRisH~



0 yang komen mengomen:

 

Blog Template by batrisyaamylea BloggerCandy.com