Tuesday, July 9, 2013

Demam Anthem ~ Hlovate

Salam peeps
Semenjak dua menjak ni semua entri pasal Anthem dan Hlovate kan?
Jemu ke baca? (bajet hot macam retis konon blog ni ramai orang baca)
Ada ku kisah (gelak jahat)
Janji diri sendiri happy sudah kan..tak boleh nak please everyone in this world aite!

Memangla penangan Anthem ni sangatla dasyat
Sebab sanggup beli sampai 2 buah sebab tak sanggup tunggu jemari seni pos..aish (tepuk tangan atas dahi)
Ceritanya macam ni, Bat dah pun beli novel Anthem ni thru online la dari Jemari Seni..
Dah buat payment hari khamis untuk beli sebabnya beli online dapat 20% diskaun (muka happy)
Sekali tunggu sampai hari Sabtu, ish lambatnye la nak sampai novel ni..
Lepas habis keje hari Sabtu tu konon nak pergi City Plaza sebabnya petang tu kena ambik my mom kat Regency Hotel (dekat dah tu dengan City Plaza)
Punyala cari parking tak jumpa sebabnya ada construction depan Library dengan MBAS tu..
Last-last jumpa parking tapi jauh nau nak kena jalan tu..kena buat tawaf la nak masuk..(dalam hati takpela exercise..bakar kalori..haha)

Destinasi yang dicari Popular of course sebabnya nak jugak cari Novel Anthem..
Masuk Popular Mata meliar cari perkataan NOVEL (ok memang dah lama tak jejak kaki kat sini)

Pusing dua tiga kali tak jumpa jugak (ni la jadinya bila malas nak tanya staf kat situ)
Last-last jumpa..laa tepi pintu masuk ja rupanya penat pusing..
Mata meliar lagi cari..JEMARI SENI - HLOVATE - ANTHEM
Mata dah jumpa benda dicari kaki melangkah laju ke tempat dituju

Pegang novel ni (dalam hati nak beli ke tak ni??)
Monolog dalaman :
"Ish dah order online dah isnin ni sampai la kot"
tapi the other half cakap
"Tak boleh tunggu dah ni nak baca, gile tak sabar rasa macam jantung nak tercabut"
other half cakap lagi
"rugi la kot beli ni sebab online kan dah bayar?"
the other half defense lagi
"takpe beli dulu yang ni nanti sampai yang online tu pikir lain macam mana nak buat"

Kiri kanan manusia tengok pelik apasal budak ni duk berdiri lama kat sini??
duk tenung novel macam nak tembus je
Final decision..Beli! (ok rasa jantung nk tercabut sebab tak sabar nak baca content)
Seriously what happened to me?
Sebab novel dah gaya macam jumpa first crush love
Siap excited senyum sampai telinga masuk kereta terus nak baca koyak plastik nak bau buku baru (eh gila ke dia ni?)
Suddenly my Mom message "Umi dah siap boleh datang sekarang"
Wahhh..baru excited nak baca..baru koyak plastik dan bau tak sempat baca lagi.. (ok overboard emotion yang tak tau dari mana ni)
the rest is history~

Almost half buku ni dibaca
Slowly baca sebab nak fahamkan setiap bait baris kata yang tertulis
Bukan scene lovey dovey yang dicari tapi part macam mana syahadah ni ditemui oleh Dash@Dashrin@Danny
Sedih bila part Dash terpaksa tutup aurat secara sembunyi dari family sendiri
Sedih lagi bila part Haikal discover the truth and keadaan jadi a bit awkward dan Haikal jadi takut..
Sebabnya "susah.." Dash cuba terangkan pada Haikal.. "Susah..orang nak faham"
Terhenti disitu..Nak tau lagi kena baca la sampai habis ye..(^_^)









  ~bAtRisH~

No comments: