Friday, July 19, 2013

Ekspoitasi Makanan Menggunakan Agama

Salam peeps
Hari ini dah masuk hari ke 10 umat Islam berpuasa
Alhamdulillah =)

Dengar tajuk macam gempak la kan (bajet orang perasaan). Actually baru-baru ni Bat ada attend satu seminar di Hospital Sultanah Bahiyah. Seminar berkaitan isu-isu keselamatan makanan. Seminar ni cuma dihadiri oleh industri-industri makanan, penjawat awam bahagian kualiti makanan, universiti,  hospital, sekolah (kantin), sesiapa saja yang terlibat secara lansung dengan makanan ni la. Ini pun atas jemputan pihak Kementerian Kesihatan kepada pihak-pihak yang terlibat. Ini untuk yang tak tahu la pasal ni. Hihi..Sebab tak semua orang tau pasal ni jangan pula korang tertanya-tanya aish apesal budak ni sorang boleh tau aku pun nak pergi jugak. Boleh je kalau nak pergi kalau sekadar nak tambah pengetahuan kan tapi kenala hubungi sendiri Bahagian Kementerian Kesihatan untuk maklumat lanjut.  Tajuk kali ni memang best kalau nak compare previous seminar la.

Bat tertarik dengan talk oleh Dr Mohd Asri. Beliau merupakan Mufti Kerajaan Perlis.
Banyak topik yang dibentangkan dan  banyak penceramah yang bagi talk tapi tertarik nak share dengan korang semua berkenaan tajuk Ekspoitasi Makanan Menggunakan Agama. Agak-agak korang faham tak maksud di sebalik tajuk ni? (Apakebendantah dia ni merepek)

Seperti yang semua sedia maklum la kan, banyak produk sekarang fokus more to agama. Contoh macam Air mineral campuran air zam-zam dan air Yasin, Kismis dengan bacaan Yasiin dan lain-lain yang seumpama dengannya la. Actually bagus la, sebabnya ini menunjukkan kesedaran kepada agama tu lebih kalau nak bandingkan zaman-zaman dulu kan. Tapi kadang-kadang tu lambakan produk yang terlalu banyak menggunakan agama kadang-kadang nampak macam seolah-olah satu MARKETING STRATEGY (bak kata omputih la kan). Tak salah benda ni bagi Bat, asalkan tak melanggar larangan-larangan-NYA. Cuma nampak macam sedikit pelik la kan, sebabnya agama ni jadi satu medan nak menjual barang dengan cepat. Bukan apa bagi orang yang ada pegangan agama yang goyah sedikit sebanyak benda ni mempengaruhi la diorang ni. Contoh macam kismis dengan bacaan Yassin ni. Bila nak exam baru nak beli Kismis ni makan, kononnya dapat terangkan hati bila study. Well benda ni tak salah tapi yang jadi salah bila mana sesorang itu terlalu bengantung pada kismis tadi tu untuk terangkan hati. Padahal solat pun tak, baca Yassin lagi la jauh. Kalau betul nak makan kismis bacaan Yassin ni pun perlulah juga seiring dengan ibadat yang dibuat baru lebih afdal. So macam mana benda ni jadi fenomena makan dan minum sahaja benda yang dah ada sentimen keagamaan pun sudah memadai tanpa buat ibadah lain yang wajib dengan cukup. Ini cuma pendapat Bat saja la. Bukan semua cuma sebilangan kecil sahaja. Sekadar nak luahkan pandangan yang nampak dari sudut mata Bat la kan. Tiada kena mengena dengan pandangan ni dengan Dr Mohd Asri.

Dr Mohd Asri ada bagi contoh yang mana ada hamba Allah ni buat produk menggunakan sarang anai-anai kalau tak salah Bat. Kononnya anai-anai ni dah makan habis satu Al-quran. Kemudian dicampurkan lagi bahan-bahan lain la untuk menyedapkan rasa. Yang tak bestnya bila Si Tukang buat produk ni buat claim/statement produk ini ada bacaan Al-quran. Padahal anai-anai tu je makan Al-quran bukan ada orang bacakan ayat-ayat Al-quran pun di produk tu. Logik ke tidak?? Korang fikir la sendiri..hihi
Satu lagi contoh Dr. Mohd Asri bagi dimana ayam yang dibela dan dijaga oleh penternak-penternak ayam ni seumur hidupnya di lagukan dengan ayat-ayat suci Al-quran. Alhamdulillah semua pekerja pun mesti dengar juga kan. Dapat pahala tambah-tambah bulan puasa ni. Tapi yang tak bestnya bila ayam ni disembelih dan dijual Si penjual pun claim Ayam Al-Quran! what the? Hanya disebabkan ayam ni dengar ayat Al-quran hari-hari perlu ke sampai claim Ayam ni Ayam Al-quran?? 

Tak pasti sama ada wujud atau tidak produk-produk ni di pasaran. Cuma Dr Mohd Asri yang tahu kot dah dia yang bagi contoh. (Maaf Dr. jangan marah kalau orang pergi serbu). Kalau betul ada nak pergi tengok la..hihi. Agak-agak ada tak yang jumpa dekat bazar Ramadhan petang ni?? =)

Sekadar berkongsi kalau salah harap dimaafi..(^_^)

Selamat berbuka peeps.!




~bAtRisH~

 

2 comments:

Myvitrd said...

"Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - www.myvitrd.com"

lambat terjah.. tertinggal kapal.. hehehe

~batrish♥~ said...

tq salam ukhwah n salam kenal =)