Thursday, July 25, 2013

Mimpi Semalam

Salam peeps
Hari ni dah hari ke 16 puasa
Cepat sangat terasa masa berjalan
Persiapan raya tahun ni dah siap awal baju raya pun dah beli (tak suka last minute sebab baju cantik-cantik dah tak ada)
Cuma kuih raya banyak lagi nak kena siapkan (tempahan berlambak mohon ampun)

Ok entri kali ni bukan nak cerita pasal persiapan raya ke raya ke. Tapi pasal mimpi semalam. Sedikit aneh sebenarnya. Sebab baru lepas buat istikarah tiba-tiba dapat mimpi ni. Tertanya-tanya juga maksud apa. Petunjuk mungkin. Tapi niat istikarah nak mintak tunjukkan yang lain. Tapi semalam mimpi lain. Tertanya-tanya tak tahu nak tanya siapa. Siapa yang lebih arif dan tahu pasal ni? Mungkin boleh kongsikan pandangan.

Mimpi semalam mengenai percutian dan bisnes. Niat istikarah mintak tunjukkan jodoh terbaik. Agak jauh dari niat asal. Lepas buat istikarah letak kepala terus mimpi. Percutian ke negara yang diimpikan sejak dulu. Perniagaan yang agak kurang digemari sejak dulu dan kini. Tapi perniagaan ini yang membawa kepada percutian tersebut. Orang di sisi ketika mimpi adalah ibu tercinta. Rasa bahagia. Mungkin belum cukup kusyuk agaknya. Perlu buat istikarah lagi. Mintak lagi petunjuk. Moga dipermudahkan oleh Dia. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui yang terbaik.

 
p/s : teringat satu surah :
 Surah al-baqarah (ayat 216) "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mangetahui sedang kamu tidak mengetahui"


3 yang komen mengomen:

Normi Nieza said...

good..:)

puteri airyn said...

Kadang-kadang mimpi ada yg beri petunjuk..

~batrish♥~ said...

kadang-kadang mimpi ni petunjuk tapi kadang-kadang rasa tak psati pun ada..huhu

 

Blog Template by batrisyaamylea BloggerCandy.com