Monday, August 5, 2013

Susu Bayi Mungkin Tercemar 5 Produk Ditarik Balik

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang membuat pengesahan sama ada produk 'Nutricia Karicare follow-on formula products for children from 6 months old' yang disyaki tercemar dengan dengan bakteria clostridium botulinum terdapat di pasaran tempatan.

Ia juga telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas ke atas produk itu sekiranya ia diimport, kata Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Datuk Mohd Othman.

Beliau berkata laporan terkini yang diperoleh daripada Kementerian Perusahaan Utama New Zealand melalui Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, hanya produk itu sahaja yang disyaki mungkin mengandungi ramuan 'whey protein concentrate' (WPC) tersebut.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa dan penjaga yang menggunakan produk terlibat dinasihatkan supaya tidak menggunakannya dan menggantikan dengan jenama lain buat sementara waktu.

"Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Malaysia dan akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara ini dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya pengguna yang merasa was-was dengan status keselamatan sesuatu makanan dalam pasaran tempatan, boleh memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my.

Awal hari ini, pihak berkuasa New Zealand telah mengeluarkan amaran mengenai produk WPC keluaran syarikat Fonterra yang disyaki telah tercemar dengan bakteria clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

WPC tersebut telah digunakan sebagai bahan ramuan dalam formula bayi, susu serbuk membesar dan minuman sukan.

Dilaporkan produk makanan tersebut telah dieksport ke beberapa negara termasuk Malaysia.

Namun sehingga kini, belum terdapat sebarang kejadian keselamatan makanan dilaporkan hasil daripada pengambilan produk makanan tersebut.Sumber : BERNAMA

Jenama Produk Danone Dumex Ditarik Balik Pasaran Malaysia. Ini kerana dikhuatiri bahaya dan tercemar dengan Clostridium Botulinum. Whey protein concentrate (WPC) adalah bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan, produk itu berkemungkinan tercemar berdasarkan kenyataan terkini dari pihak New Zealand. Maklumat itu menunjukkan bahawa beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia.


DumexDupro
Jenama Produk Danone Dumex Ditarik Balik Pasaran Malaysia
  1. Dumex Dupro Step 2 – batch no. 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1
  2. Mamex Cherish Step 1 – 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1
  3. Mamex Explore Step 2 – 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2
  4. Bebelac Step 2 – 05023R1 dan 05033R1
  5. Nutricia Karicare follow -on formula products for children from 6 months old
Pengguna turut dinasihati supaya tidak menggunakan produk jenanama diatas sebagai langkah berjaga-jaga

Sumber: Jenama Produk Danone Dumex Ditarik Balik Pasaran Malaysia | melvister.com

No comments: